Para peniaga gerai makanan di Pasar Karamunting, Sandakan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) ambil tindakan segera bagi tangani masalah ketiadaan air di pasar itu.

Akui peniaga, bekalan air yang disedaikan pbt menerusi lori tangki tidak mencukupi.

Hal ini menyusahkan kesemua peniaga di pasar itu apabila bekalan air bersih terpaksa dibawa dari rumah.

Ada juga dalam kalangan peniaga terpaksa membeli air bersih untuk kegunaan harian gerai makanan mereka.